Agensi Perunding Takaful di bawah syarikat PruBSN Takaful Berhad yang akan membantu anda dan keluarga dalam Pengurusan Kewangan. Kami amat komited untuk menawarkan penyelesaian Syariah bagi memenuhi apa jua keperluan yang berbeza di setiap peringkat kehidupan pelanggan-pelanggan kami.
Tempoh pengalaman yang pendek namun terbukti mampu bertahan dalam industri dan memahami proses, produk serta keperluan sebenar pelanggan dan usia muda juga membawa nilai tambah dari segi tenaga, semangat dan kecekapan teknologi dan lebih dekat dengan gaya hidup serta bahasa generasi muda, menjadikan komunikasi lebih selesa dan mesra.
Dibawah PruBSN, kami amat yakin kemampuan perunding yang akan membantu melindungi kewangan anda ke tahap maksima dan dalam masa yang sama mampu menerima sebarang kritikan yang membina daripada anda.
Kami amat komited dalam urusan menjaga masa antara perunding dan pelanggan melalui maklumbalas yang pantas dan tepat tanpa mengira waktu dan tanpa mengira platform berhubung.
Kami akan merangka, meneliti dan mengesyorkan produk yang terbaik untuk anda dan keluarga agar ianya bermanfaat sepenuhnya pada jangka masa yang panjang.